doa anak dari quran
doa anak
~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
Sunday, August 1, 2010
LAYANAN 1st CLASS
Hari Sabtu lalu saya menemani anak perempuan saya tahun 5 menghadiri jamuan makan kelasnya di sebuah restoran makanan segera. Semua ahli kelas hadir kecuali tiga orang. Saya sungguh terharu dan sangat berterima kasih kepada Cikgu Jay yang ikhlas melayan karenah anak-anak tahun 5 di bawah jagaannya. Jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini. Riuh rendah restoran tersebut dengan karenah anak-anak berjenaka, bergambar, bergurau dan sebagainya. Jarang benar guru yang boleh melakukan aktiviti seperti ini yang kelihatan mudah dan tidak mengeluarkan belanja sendiri kerana perbelanjaan hari itu telah dikumpul oleh pelajar dari awal tahun lagi. Agaknya guru seperti ini akan kekal lama di hati pelajarnya berbanding dengan guru yang melayan anak muridnya dengan marah dan rotan sahaja. Ingatan ini kenalah juga kepada saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment