Saya guna Kia Carnival 2002. Beli terpakai. Satu 'tabiat' dia ialah makan power bateri. Saya guna strategi tanggal wayar bateri bila lama tak guna kereta ini. Tetapi lecehlah juga!
Keadaan begini menyebabkan saya perlu ada dua bateri. Satu bersama engine, satu lagi siap sedia di belakang bonet. Ini strategi paling bagus yang dapat saya fikirkan!
Saya telah beli satu brand bateri. Kali pertama Kia Carnival guna dalam sebulan, semua powernya habis. Bila bawa kedai bateri yang ada pengecas, makanik kata tak boleh cas. Power tak masuk. Kena 'claim warranty'. Masalahnya bateri ini saya beli jauh dari rumah saya sekarang. Dua jam setengah perjalanan. Sebab itu beli bateri kedua. Kedai dekat rumah.
Bila ada kerja di tempat berhampiran kedai bateri tersebut, saya bawa bateri untuk 'claim warranty'. Tokeh kedai bateri itu sungguh 'gentleman' terus tukar dengan bateri baru. Tokeh tak tanya satu soalanpun. Cuma pekerja dia saja bagi ingatan pada saya, 'warranty' satu kali sahaja, kilang bagi satu kali. Lain kali tak boleh 'claim'. Saya tak jawab apa-apa. Bateri baru dah dapat. Apa lagi nak cakap. Memang tokeh kedai itu ada standard.
Setelah guna tiga bulan setengah bateri itu habis power sekali lagi. Tak boleh cas juga. Cerita sama akan diulang semula. Kali ini saya membawa anak bongsu untuk 'claim warranty'. Sampai di kedai saya tunjuk bateri dan tunjuk 'warranty card', tokeh keluar bateri baru. Tidak ada soalan. Saya telah bersedia dengan berbagai kemungkinan. Teringat kata-kata pekerjanya yang mengatakan 'warranty' sekali sahaja. Antaranya, saya akan minta peristiharan bertulis daripada tokeh kedai jika benar sekali sahaja. Saya juga bersedia membayar kos penghantaran ke kilang jika diminta. Tetapi ternyata itu tidak berlaku. Tokeh kedai sekarang memang ada standard yang tinggi. Kalau sepuluh tahun dulu, mungkin ada masalah!
'Abah, kenapa tak bayar?' soal anak bongsu saya. Soalan daripada budak 11 tahun.
'Bateri itu masih dalam jaminan. Kalau rosak kita boleh dapat ganti yang baru', jawab saya.
'Sampai bila-bila ke abah?'
'Setahun sahaja'
No comments:
Post a Comment