Enam hari cuti hari raya saya dapat satu cerita mengenai anak dengan bapanya. Sedara saya, anaknya mengalami luka di lengan. Beliau membawanya ke sebuah hospital swasta. Doktor pakar memberitahu luka itu melibatkan saraf tangan anaknya. Perlu pembedahan yang rumit. Kos pembedahan RM20,000.
Oleh kerana kos RM20,000 itu beliau tidak jadi melepaskan anaknya menjalani pembedahan di hospital swasta tersebut. Dia membawa anaknya ke Hospital Selayang (pada fahaman saya). Memang benar luka anaknya itu melibat saraf yang rumit. Tetapi tidaklah menjadi masalah kepada pakar-pakar di hospital kerajaan tersebut untuk merawatya. Pembedahan berjaya dijalankan.
Semasa beratur untuk membayar bil di kaunter bayaran hospital, sedara saya yang juga seorang kakitangan kerajaan telah bersedia dengan duit RM3,000 di dalam poketnya. Beliau telah berkira-kira untuk bersoal jawab dengan kerani kaunter jika jumlah RM3,000 itu tidak cukup. Minta hutang dahulu. Dia pun tidak membawa 'guarantee letter' dari pejabatnya.
Setelah menyerahkan MyKad kepada kerani kaunter dan menunggu beberapa ketika, kerani mengeluarkan bil kepada beliau. RM5. Sedara saya itu memberitahu, "Masa itu juga, aku rasa nak berdiri tegak dan nyanyi Lagu NegaraKu!"
Sebenarnya hospital kerajaan itu telah mengesan yang sedara saya itu kakitangan kerajaan dengan menggunakan MyKad. Beliau dan keluarganya layak mendapat kemudahan perubatan percuma dari hospital kerajaan.
Bertuahnya jadi rakyat Malaysia. Lebih bertuah jadi kakitangan kerajaan!
No comments:
Post a Comment