doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Sunday, May 20, 2012

MENDIDIK ANAK : MODUL MENGHAFAL JUZUK AMMA

Saya sedang menggesa anak saya menghafal juzuk amma. Kalau tidak boleh semua surahnya, separuh dari itu sudah amat baik. Saya telah mencuba berbagai kaedah tetapi apalah yang boleh dijangkakan daripada seorang budak lelaki berumur 8 tahun yang sedang lasak bermain.


Sehari dua ini dia terlintas untuk bermain basikal. Basikal abangnya yang dibeli 20 tahun dahulu telah terlalu kecil untuk saiznya. Jadi dia mendesak saya untuk membeli basikal baru. Warna biru dengan hijau katanya. Saya masih belum dapat membayangkan basikal apa yang dia maksudkan itu.


Peluang ini saya gunakan sebagai 'urusniaga' bapa dengan anak. Anak hafal juzuk amma, bapa beli basikal. Dia telah cuba menghafal beberapa kali. Tetapi tidaklah bersungguh-sungguh sangat. Akhirnya dia telah 'psiko' saya dengan membatalkan hajatnya untuk membeli basikal itu. Mesej yang dia hendak beritahu saya adalah dia tidak perlu hafal lagi. Begitulah keadaannya anak-anak sekarang. Tetapi berapa lama sangatlah dia boleh membatalkan hajatnya itu. Selang beberapa lama dia minta semula untuk beli basikal! Maknanya dia kena hafal juga.


Saya telah mendapatkan juzuk amma dari youtube seperti alamat berikut : 


http://www.youtube.com/watch?v=h7GLj0rpcm0 


yang memuatkan tulisan juzuk amma dengan suara budak yang sangat merdu alunan suaranya. ''Abah hendak hafal macam ini''.  Saya kempen anak saya supaya guna klip ini sebagai alat bantu belajar dia untuk hafal juzuk ini. 


Setakat ini masih mencuba!

No comments: