doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Friday, April 27, 2012

MENDIDIK ANAK : MODUL MUDAH BAHASA INGGERIS

Saya ada seorang anak berumur 8 tahun darjah dua sekolah kebangsaan. Saya telah pikat dia dengan berbagai cara untuk membaca buku bahasa Inggeris. Salah satu siri buku yang saya 'paksa' dia baca adalah seperti dalam gambar.



Buku ini boleh mengeluarkan suara bila pen kuning itu ditunjukkan ke nombor muka surat. Oleh kerana ianya interaktif dan bersuara native speaker maka ianya sangat mudah menarik perhatian kanak-kanak.


Anak saya sangat suka meniru suara yang ada di dalam I-pen ini. Sedar tak sedar dia telah membaca 30 buah buku yang mudah seperti ini. Ini disebabkan oleh anak saya mempunyai banyak 'permintaan' seperti kanak-kanak yang lain. Setiap kali dia meminta sesuatu seperti nak beli majalah, nak beli aiskrim, nak beli pensel warna dan sebagainya saya syaratkan dia baca buku ini dengan pen kuning itu sekali. Lebih tinggi 'permintaan' anak saya lebih banyak buku yang perlu dibaca. Saya sangat seronok jika dia minta saya beli cd games ps2. Biasanya dia akan ikut sahaja membaca berapa banyak buku yang saya syaratkan.


Sekarang dia sedang sibuk menulis tajuk buku ini di dalam buku nilam sekolahnya. Dia memberitahu dengan penuh semangat bahawa sesiapa yang paling banyak membaca buku akan dihadiahkan sebuah basikal oleh sekolahnya. Kalau dia tidak menang nanti, kenalah saya belikan basikalnya!


Satu hari setelah dia habis menyelesaikan tuntutan saya membaca lima buku i-pen ini, saya membawa dia pergi ke kedai cd games untuk membeli cd organizer. Saya bawa sekali abang sulungnya kerana susah untuk parking kereta. Setelah mendapat tempat parking yang berdekatan, saya menyuruh dia dan abangnya ke kedai cd berkenaan. Dia sungguh bersemangat untuk mendapatkan hadiahnya itu. Saya sudah bersedia untuk menanti sekurang-kurangnya setengah jam kerana anak saya ini agak cerewet memilih barang yang hendak dibelinya. Walau bagaimanapun selang lima minit sahaja dia dan abangnya bergegas menuju ke kereta dengan membawa bungkusan roti coklat di tangan masing-masing. Bukannya cd organizer. Saya mengajukan soalan mengapa tidak beli cd organizer kepada mereka. Jawapannya adalah kedai cd terbakar! Selamatlah duit saya hari itu!


Tuan-tuan yang nak tahu lebih lanjut mengenai buku ini boleh hubungi saya melalui ruangan comments blog ini.

Post saya di dalam blog ini December 2010 adalah berkaitan dengan post ini. Saya paste semula tulisan saya itu di sini.

Saya berpeluang bercuti ke Kuala Lumpur sepanjang cuti sekolah ini. Saya telah berkunjung sebuah pasar raya besar - Tesco - di Ampang bersama-sama dengan anak-anak. Kami ke kedai buku POPULAR. Anak saya berminat dengan buku cerita Bahasa Inggeris siri ROBIN. Pada buku tersebut tercatat i-Pen readable. Sayapun meneliti buku tersebut dan bertanyakan pembantu kedai apakah maksud i-Pen readable itu.
Saya ditunjukkan bagaimana buku siri ROBIN ini boleh dibaca oleh sebatang pen khas apabila pen itu dihalakan ke muka suratnya. Anak saya begitu bersemangat untuk memiliki buku dan pen ini. Saya fikir ianya adalah satu benda yang boleh mendatangkan faedah kepada anak saya. Mungkin ianya boleh mendatangkan minat membaca buku Bahasa Inggeris kepada anak saya yang berumur 6 tahun dan juga 11 tahun. Saya membeli satu set 5 buku dengan CD berharga 45 ringgit dan sebatang i-Pen berharga 99 ringgit.
Kembali ke rumah, kami cuba memasang file dari CD ke dalam i-Pen. Ternyata ianya bukan satu kerja yang mudah. File dari CD berkenaan tidak mahu download ke i-Pen dengan error i-Pen not found! Ini telah menimbulkan kekecewaan yang amat sangat kepada anak saya.
Saya terpaksa meneliti kertas manual yang dibekalkan dan mengikut arahan supaya pergi ke laman webnya http://robin.popularworld.com untuk melihat arahan di situ. Ternyata ia lebih mudah dan berjaya.
Anak saya sungguh gembira dan begitu asyik dengan buku dan pennya yang boleh bercakap! Sesiapa yang berminat boleh membeli buku i-Pen readable dan i-Pen di kedai POPULAR. Jika menghadapi masalah untuk downloadnya boleh minta bantuan saya. PERCUMA!

2 comments:

mazliyani said...

boleh tak ajar saya bagaimana nak download buku dlm i-pen..memang ada problem lah...blh tak ajar asap...saya dan anak excited nak gunakan ni.....email saya pada mazliyanimasroh@gmail.com

husmyar said...

Maaf tuan/puan kerana lambat balas email. Dan terima kasih kerana menghubungi saya.
Caranya senang sahaja. Pergi kepada http://robin.popularworld.com dan tunggu sehingga semua gambar buku-bukunya dipaparkan. Tuan/puan pilih siri buku yang ada dan download ke komputer. Kemudian sambung cable i-pen ke komputer dan pindah file dari komputer ke folder i-pen. Selamat mencuba!