Seorang kawan bercerita yang anak lelakinya berumur 14 tahun sangat susah untuk mendengar kata dan ada banyak idea yang mencabar seorang ayah!
Kami berbincang bagaimana dia boleh jadi begitu.
Saya bertanyakan adik beradiknya yang lain. Anak ke berapa dan jarak umur mereka adik beradik.
Anak 14 tahun ini anak bongsu. Kakaknya yang terdekat tua 3 tahun daripada dia. Kakak berikutnya 2 tahun tua.
Semasa kecil anak lelaki ini di'boleh'kan mengambil makanan dan mainan tanpa kerelaan kakaknya dengan alasan 'dia adik kamu'. Sentiasa di'menang'kan jika ada perbalahan dengan kakaknya. Boleh jadi anak lelaki ini merasakan dia sentiasa 'menang' dan boleh mendapat kehendaknya apabila dia mahu. Ayah sentiasa menyebelahinya.
Barangkali anak ini membesar dengan idea bahawa dia adalah istimewa dan kehendaknya wajib dipenuhi. Maka idea ini dibawa sehingga umur 14 tahun.
Umur 2-12 tahun mungkin kehendak anak ini boleh dipertimbangkan. Bila mencapai 13-14 tahun mungkin kehendaknya menjadi pelbagai. Sehingga ayahnya susah hati.
Bagaimana pula kehendaknya dengan kawan-kawan? Di sekolah? Di asrama?
No comments:
Post a Comment