doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Saturday, October 28, 2017

KASIH IBU BAPA


Setiap Ahad saya ke pekan minggu di Kuala Rompin membeli barang keperluan untuk seminggu. Di sini bahan makanannya sangat istimewa terutama makanan laut dan daging lembu.

Sementara menunggu bahagian daging yang saya pesan, saya sempat memerhatikan sepasang ibu dan bapa yang menolak anak kecil mereka di dalam kereta sorong.  Hari agak panas jam hampir 10.00 pagi. Apa yang menarik perhatian saya adalah kipas kuning yang dilekatkan pada kereta sorong tersebut.

Pasangan tersebut sangat mengambil berat terhadap anak kecil mereka. Kipas kuning itu mungkin boleh menyejukkan sedikit anak di dalam kereta sorong itu. Ianya adalah lambang kasih sayang ibu bapa kepada anak.

Perkara seperti ini boleh kita lihat di mana-mana. Mungkin anak sulung akan mendapat perhatian sedimikian rupa. Mungkin juga cucu sulung.

Apa yang terlintas di fikiran saya, adakah kita boleh melakukan perkara yang sama kepada ibu bapa kita apabila keadaan mereka seperti anak kecil kerana telah uzur tua? 

Lambang kasih sayang kepada ibu bapa.

No comments: