doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Thursday, December 31, 2015

MODUL DIDIK ANAK BERTINDAK BIJAK

Bagaimana membimbing anak bertindak bijak dalam aktiviti sehariannya? 

Sebagai contoh dua kerja yang perlu dibuat dengan tenaga yang sama boleh memberikan hasil yang berbeza. 

Katalah anak perlu membasuh baju yang memerlukan masa 1 jam dan dalam masa yang sama juga kena menyiapkan kerja sekolah yang boleh mengambil masa 1 jam lagi. 

Jika dia membuat kerja sekolah dahulu dan sejam kemudian dia membasuh baju, maka dia memerlukan 2 jam untuk menyiapkan 2 kerja ini.

Jika dia membasuh baju dahulu dan membiarkan mesih basuh bekerja sendiri. Kemudian dia menyiapkan kerja sekolah, maka dia akan selesai 2 kerja dalam masa 1 jam sahaja.

Kerja yang sama dan tenaga yang sama apabila dilakukan dengan turutan yang berbeza boleh mencepatkan masa 1 jam.

Bagaimana kita ibu bapa menanam logik ini ke dalam fikiran anak-anak? Iaitu memilih untuk basuh baju dahulu dan mula buat kerja sekolah selepas itu supaya semua kerja boleh siap dalam masa 1 jam. Jika tidak kerja-kerja itu akan mengambil masa 2 jam.

Ibu bapa boleh melihat sama ada anak memahami prinsip ini dengan menyuruh anak membuat 2 kerja ini dan memerhatikan gerak kerja yang dibuat. Latihan ini sangat mudah untuk dibuat di rumah! Jika anak masih belum memahaminya cuba jelaskan dengan sabar. Jangan marah.


No comments: