Semalam saya ke kedai selepas solat Jumaat sebagai rutin mingguan membeli komik untuk anak. Kemudian kami ke pasar raya mencari barang makan. Anak saya desak beli kit kat. Saya lihat harganya hampir dua belas ringgit. Saya cadangkan padanya beli snickers yang berharga tiga ringgit. Saya beli sedikit buah. Kami balik selepas mendapat keperluan masing-masing.
Hari ini saya ke pasar raya Mydin. Saya mendapatkan barang-barang keperluan harian yang murah banding tempat lain. Berhampiran dengan kaunter bayar saya lihat kit kat dijual pada harga sepuluh ringgit. Mengingatkan permintaan anak saya di pasar raya semalam, saya membeli dua paket coklat berkenaan.
Semasa membayar, harga kit kat itu sembilan ringgit sahaja. Sampai di rumah anak saya begitu tajam matanya nampak bungkusan mengandungi kit kat. Dia bertindak sebagai akauntan membahagikan kit kat kepada semua ahli keluarga. Dia dapat tujuh unit manakala orang lain dapat lima unit sahaja. Saya juga dapat.
Dia mendesak memberikan bahagian saya kepadanya. Saya kata boleh. Satu kit kat sepuluh makna perkataan bahasa Inggeris. Mulanya dia teragak-agak untuk menyahut cabaran ini. Kakaknya segera bersetuju dengan cabaran saya menyebabkan dia bersetuju juga.
Hari ini anak saya menulis lima belas perkataan. Sepuluh bagi kit kat pertama. Lima sahaja bagi kit kat kedua.
No comments:
Post a Comment