Saya berpeluang bercuti ke Kuala Lumpur sepanjang cuti sekolah ini. Saya telah berkunjung sebuah pasar raya besar - Tesco - di Ampang bersama-sama dengan anak-anak. Kami ke kedai buku POPULAR. Anak saya berminat dengan buku cerita Bahasa Inggeris siri ROBIN. Pada buku tersebut tercatat i-Pen readable. Sayapun meneliti buku tersebut dan bertanyakan pembantu kedai apakah maksud i-Pen readable itu.
Saya ditunjukkan bagaimana buku siri ROBIN ini boleh dibaca oleh sebatang pen khas apabila pen itu dihalakan ke muka suratnya. Anak saya begitu bersemangat untuk memiliki buku dan pen ini. Saya fikir ianya adalah satu benda yang boleh mendatangkan faedah kepada anak saya. Mungkin ianya boleh mendatangkan minat membaca buku Bahasa Inggeris kepada anak saya yang berumur 6 tahun dan juga 11 tahun. Saya membeli satu set 5 buku dengan CD berharga 45 ringgit dan sebatang i-Pen berharga 99 ringgit.
Kembali ke rumah, kami cuba memasang file dari CD ke dalam i-Pen. Ternyata ianya bukan satu kerja yang mudah. File dari CD berkenaan tidak mahu download ke i-Pen dengan error i-Pen not found! Ini telah menimbulkan kekecewaan yang amat sangat kepada anak saya.
Saya terpaksa meneliti kertas manual yang dibekalkan dan mengikut arahan supaya pergi ke laman webnya http://robin.popularworld.com untuk melihat arahan di situ. Ternyata ia lebih mudah dan berjaya.
Anak saya sungguh gembira dan begitu asyik dengan buku dan pennya yang boleh bercakap! Sesiapa yang berminat boleh membeli buku i-Pen readable dan i-Pen di kedai POPULAR. Jika menghadapi masalah untuk downloadnya boleh minta bantuan saya. PERCUMA!
i-Pen
i-Pen
i-Pen
No comments:
Post a Comment