doa anak dari quran
doa anak
~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
Wednesday, August 31, 2016
Wednesday, August 24, 2016
BUAT ROTI
Operasi membuat roti dah bermula. Oleh kerana telah ikut kursus berbayar di Kuantan, pembuat roti mahir mengadun, menguli dan membakar roti. Memang sedap dan lembut roti yang terhasil. Boleh jual!
Monday, August 22, 2016
OVEN BARU
Oven baru. Bila pasang keluar bunyi. Api tidak hidup. Bau gas ada. Macamana nak guna. Mahal tapi tak dapat nak guna!
Telefon kedai, taukeh beritau dia tak dapat datang ke rumah. Jauh. Memang jauh. Minta hantar semula ke Kuantan. Tak sanggup. Jauh, berat dan besar!
Taukeh janji nak datang dalam tempoh 2 hari. Sambil itu dia suruh buka 4 skru untuk lihat hose gas mungkin terlipat. Kami buka dan lihat komponennya seperti dalam gambar. Benarlah, hose gas terlipat dan menyekat laluan gas. Bila hose disuaikan supaya tidak berlipat, api menyala dengan baik.
Boleh mula bakar roti!
Saturday, August 20, 2016
ANGKUT OVEN & MIXER
Bermalam di Seri Malaysia Kuantan sebelum bawa balik ke Rompin. Perkakasan ini telah dirancang lama untuk dibeli. Harga agak mahal. Kena sabar kumpul duit!
Friday, July 29, 2016
KOPERASI
Hadir mesyuarat Koperasi Sebertak. Kagum dengan kemahiran peneroka-peneroka menjalankan perniagaan. Boleh untung. Bagaimana mereka boleh mahir?
Friday, July 22, 2016
UPSR
Terima kasih kepada guru-guru yang bersungguh-sungguh mengadakan program ini. Memang nampak jelas wajah anak-anak yang bersemangat datang ke resort ini.
Saturday, July 9, 2016
Tuesday, July 5, 2016
HARI RAYA
Hari ini Rabu 6 Julai 2016 kita sambut raya. Kami sembahyang raya di masjid Tementi.
Bergambar keluarga yang sempat balik beraya di rumah emak.
Friday, July 1, 2016
HOMESTAY
Bina rumah homestay Koperasi Sebertak. Bagus idea koperasi ini membina homestay untuk keperluan anak-anak felda yang balik ke Sebertak, Tementi dan Rentam. Beri keselesaan kepada cucu dan menantu yang ramai terutamanya!
Subscribe to:
Posts (Atom)



























