doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Friday, January 22, 2016

JALAN-JALAN KE KOREA

Bandar bersih. Orang jujur, barang tertinggal tidak hilang. Perkhidmatan keretapi tepat masa.



Friday, January 15, 2016

BERNIAGA








Kedai bahan binaan ini telah berjalan hampir tiga tahun. Awal buka dahulu jika ada seorang pelanggan yang datang ke kedai, itu sudah cukup bagus untuk hari itu. Jualan sebulan tidak lebih dari RM 1000. Bagaimana mahu bertahan kerana sewa tapak sahaja sudah RM 1000 sebulan.


Dengan kecekalan dan modal yang ada kedai ini bertahan hingga ke hari ini. Barang-barang sudah dipelbagaikan. Walaupun masih jauh jika dibandingkan dengan kedai yang sudah maju, tetapi ianya boleh menarik pelanggan sekitar untuk datang membeli barang-barang keperluan umum yang diperlukan bila membina dan mengubah suai rumah. Mungkin membeli barang-barang yang terputus sahaja. Jualan purata diantara RM 2000 hingga RM 3000 sehari. Simen, bata dan pasir memang boleh dijual lebih kompetitif dari kedai besar di luar kawasan kerana kos pengangkutan yang dapat dijimatkan.



Kedai ini juga mendapat sokongan dari Koperasi Peneroka Felda Sebertak. Koperasi yang membantu mendapatkan simen terus dari kilang. Koperasi juga mendapatkan mesin bancuh cat Nippon berkomputer. Semakin meriah.





Bagi melihat perjalanan kedai semasa melakukan kerja luar, beberapa kamera dipasang di dalam kedai. Kamera ini boleh dicapai dengan telefon bimbit. Suasana kedai secara 'live' dapat dilihat pada telefon bimbit.

Thursday, January 7, 2016

BIJAK ATUR KENDURI KAHWIN

Bagaimana kita boleh membimbing anak mengadakan kenduri kahwin yang tidak membebankan mereka? 

Bagaimana mengadakan kenduri yang tidak membazir?

Lazimnya kenduri sekarang memerlukan belanja RM10-30 ribu. Jalan paling mudah bagi anak kita adalah meminjam dengan Bank Rakyat. Kemudian selepas berkahwin terpaksa membayar pinjaman mengikut jumlah pinjaman dan tahun bayar:

RM10,000 bayar 10 tahun RM125 sebulan
RM15,000 bayar 10 tahun RM188 sebulan
RM20,000 bayar 10 tahun RM 250 sebulan
RM25,000 bayar 10 tahun RM 313 sebulan 
RM30,000 bayar 10 tahun RM 375 sebulan

Jika melihat jadual bayaran sahaja, ramai anak kita akan membuat pinjaman RM30 ribu kerana bayarannya RM 375 sahaja sebulan. Nampak angkanya kecil, tetapi jika gaji anak itu RM2,500 sebulan ianya adalah 15% dari gajinya. Dia perlu bayar 10 tahun. Jumlah yang dia perlu bayar adalah RM45,000.

Apakah caranya menguruskan perkahwinan yang hanya memerlukan belanja yang di bawah RM10,000? Mengapa kita tidak buat kenduri di bawah RM10,000. Apa faktor yang menghalangnya?



Thursday, December 31, 2015

MODUL DIDIK ANAK BERTINDAK BIJAK

Bagaimana membimbing anak bertindak bijak dalam aktiviti sehariannya? 

Sebagai contoh dua kerja yang perlu dibuat dengan tenaga yang sama boleh memberikan hasil yang berbeza. 

Katalah anak perlu membasuh baju yang memerlukan masa 1 jam dan dalam masa yang sama juga kena menyiapkan kerja sekolah yang boleh mengambil masa 1 jam lagi. 

Jika dia membuat kerja sekolah dahulu dan sejam kemudian dia membasuh baju, maka dia memerlukan 2 jam untuk menyiapkan 2 kerja ini.

Jika dia membasuh baju dahulu dan membiarkan mesih basuh bekerja sendiri. Kemudian dia menyiapkan kerja sekolah, maka dia akan selesai 2 kerja dalam masa 1 jam sahaja.

Kerja yang sama dan tenaga yang sama apabila dilakukan dengan turutan yang berbeza boleh mencepatkan masa 1 jam.

Bagaimana kita ibu bapa menanam logik ini ke dalam fikiran anak-anak? Iaitu memilih untuk basuh baju dahulu dan mula buat kerja sekolah selepas itu supaya semua kerja boleh siap dalam masa 1 jam. Jika tidak kerja-kerja itu akan mengambil masa 2 jam.

Ibu bapa boleh melihat sama ada anak memahami prinsip ini dengan menyuruh anak membuat 2 kerja ini dan memerhatikan gerak kerja yang dibuat. Latihan ini sangat mudah untuk dibuat di rumah! Jika anak masih belum memahaminya cuba jelaskan dengan sabar. Jangan marah.


TAHUN BARU 2016

Masa berlalu tahun baru menjelma lagi.

Tuesday, December 22, 2015

ANAK BERNIAGA

Melihat tempat anak berniaga barang binaan. Makin bertambah barang dan perkakasan di dalam kedai. 


Papan tanda cat Nippon baru pasang.



Fork lift masukkan bata ke dalam lori.


Stok kayu.



Komputer bancuh cat.


Boleh create warna sendiri.

Penapis air dalam rumah RM 550 termasuk pasang.




Thursday, November 26, 2015

MENGISI CUTI SEKOLAH

Ajak anak buat kueh. Ada banyak laman web yang ajar bagaimana buat kueh. Ada duit boleh masuk bengkel buat kueh yang kenakan yuran RM 100 atau lebih. Kemahiran yang sangat berguna kepada anak-anak kita sepanjang hidup mereka.

Monday, November 23, 2015

CUTI SEKOLAH

Cuti baru mula. Hari ini minggu pertama cuti. Apa pengisian cuti anak kita? Bagaimana menjadikan cuti berfaedah kepada anak? Besarkah belanja untuk menjadikan cuti anak berfaedah?

Jika kita tidak rancang cuti anak, dia akan rancang dan buat sendiri. Atau dia akan ikut kawan-kawan habiskan cuti. Bagaimana dia menghabiskan masa bersama kawan-kawannya wajib kita ambil tahu.

Ada sekolah yang beri kerja rumah kepada anak kita. Selidik dengan guru, kawan kita, kawan anak kita sama ada guru beri kerja rumah atau tidak. Jika ada bantulah anak siapkan kerja rumah. Ucapkan terima kasih kepada guru yang memberi kerja rumah itu.

Masa cuti kita ada banyak masa untuk ajar anak baca quran. Ambillah peluang ini. Bacalah quran bersama-sama anak. Ajarkan bacaan solat yang betul. Ajar doa selepas solat yang mudah.

Masa cuti juga kita boleh ajak anak menolong di dapur. Biarkan anak mencuba goreng jejemput misalnya. Atau lebih handal lagi jika dia boleh masak gulai lemak!

Tuesday, November 17, 2015

ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH ANAK



Puan Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa pencapaian sekolah. 


Ibu bapa mengambil gambar anak yang mendapat 5A UPSR. 

Monday, November 16, 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015

Keputusan keluar hari ini. Tahniah kepada ibu bapa yang anak mereka mendapat keputusan cemerlang 5A. Tahniah juga kepada sekolah dan guru yang berjaya mendidik pelajar sehingga mendapat 5A. 

Pastinya sekolah yang banyak berusaha akan melahirkan ramai pelajar 5A. Untunglah anak-anak yang belajar di sekolah seperti ini.

Perkara asas yang perlu untuk pelajar mendapat 5A adalah latih tubi yang banyak. Ibu bapa boleh agak sama ada anak kita cukup latihan atau sebaliknya. Jika kita tidak melihat kertas latihan dan soalan yang banyak pada anak kita, menunjukkan latih tubi tidak cukup. Ibu bapa bolehlah bertanya kepada sekolah mengapa ianya tidak banyak. Mungkin kertas tidak cukup. Mungkin sekolah tidak ada bajet untuk beli kertas. Oleh itu ibu bapa hendaklah menolong pihak sekolah melalui saluran PIBG membelikan kertas dan peralatan lain yang perlu ke arah ini.

Lebih manis jika guru yang membuat kelas tambahan diberikan imbuhan. Sekali lagi PIBG boleh dijadikan saluran untuk membantu. Ibu bapa yang bijak akan susah hati jika yuran PIBG terlalu kecil. Bajet kecil progam yang dijalankan tidak banyak. Bagaimana hendak adakan seminar jawab soalan peperiksaan tanpa mengeluarkan belanja. Petunjuk yang senang dilihat oleh ibu bapa adalah yuran PIBG. Semakin besar yuran yang dikutip oleh PIBG semakin banyak program yang boleh dijalankan dan semakin dekat anak kita untuk mendapat 5A.

Pesan orang tua-tua 'kita tuai apa yang kita semai' adalah amat bertepatan dengan suasana kita hari ini.