Bagaimana membimbing anak bertindak bijak dalam aktiviti sehariannya?
Sebagai contoh dua kerja yang perlu dibuat dengan tenaga yang sama boleh memberikan hasil yang berbeza.
Katalah anak perlu membasuh baju yang memerlukan masa 1 jam dan dalam masa yang sama juga kena menyiapkan kerja sekolah yang boleh mengambil masa 1 jam lagi.
Jika dia membuat kerja sekolah dahulu dan sejam kemudian dia membasuh baju, maka dia memerlukan 2 jam untuk menyiapkan 2 kerja ini.
Jika dia membasuh baju dahulu dan membiarkan mesih basuh bekerja sendiri. Kemudian dia menyiapkan kerja sekolah, maka dia akan selesai 2 kerja dalam masa 1 jam sahaja.
Kerja yang sama dan tenaga yang sama apabila dilakukan dengan turutan yang berbeza boleh mencepatkan masa 1 jam.
Bagaimana kita ibu bapa menanam logik ini ke dalam fikiran anak-anak? Iaitu memilih untuk basuh baju dahulu dan mula buat kerja sekolah selepas itu supaya semua kerja boleh siap dalam masa 1 jam. Jika tidak kerja-kerja itu akan mengambil masa 2 jam.
Ibu bapa boleh melihat sama ada anak memahami prinsip ini dengan menyuruh anak membuat 2 kerja ini dan memerhatikan gerak kerja yang dibuat. Latihan ini sangat mudah untuk dibuat di rumah! Jika anak masih belum memahaminya cuba jelaskan dengan sabar. Jangan marah.
doa anak dari quran
doa anak
~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
Thursday, December 31, 2015
Tuesday, December 22, 2015
ANAK BERNIAGA
Melihat tempat anak berniaga barang binaan. Makin bertambah barang dan perkakasan di dalam kedai.
Papan tanda cat Nippon baru pasang.
Fork lift masukkan bata ke dalam lori.
Stok kayu.
Komputer bancuh cat.
Boleh create warna sendiri.
Penapis air dalam rumah RM 550 termasuk pasang.
Stok kayu.
Penapis air dalam rumah RM 550 termasuk pasang.
Thursday, November 26, 2015
MENGISI CUTI SEKOLAH
Ajak anak buat kueh. Ada banyak laman web yang ajar bagaimana buat kueh. Ada duit boleh masuk bengkel buat kueh yang kenakan yuran RM 100 atau lebih. Kemahiran yang sangat berguna kepada anak-anak kita sepanjang hidup mereka.
Monday, November 23, 2015
CUTI SEKOLAH
Cuti baru mula. Hari ini minggu pertama cuti. Apa pengisian cuti anak kita? Bagaimana menjadikan cuti berfaedah kepada anak? Besarkah belanja untuk menjadikan cuti anak berfaedah?
Jika kita tidak rancang cuti anak, dia akan rancang dan buat sendiri. Atau dia akan ikut kawan-kawan habiskan cuti. Bagaimana dia menghabiskan masa bersama kawan-kawannya wajib kita ambil tahu.
Ada sekolah yang beri kerja rumah kepada anak kita. Selidik dengan guru, kawan kita, kawan anak kita sama ada guru beri kerja rumah atau tidak. Jika ada bantulah anak siapkan kerja rumah. Ucapkan terima kasih kepada guru yang memberi kerja rumah itu.
Masa cuti kita ada banyak masa untuk ajar anak baca quran. Ambillah peluang ini. Bacalah quran bersama-sama anak. Ajarkan bacaan solat yang betul. Ajar doa selepas solat yang mudah.
Masa cuti juga kita boleh ajak anak menolong di dapur. Biarkan anak mencuba goreng jejemput misalnya. Atau lebih handal lagi jika dia boleh masak gulai lemak!

Tuesday, November 17, 2015
ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH ANAK
Puan Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa pencapaian sekolah.
Ibu bapa mengambil gambar anak yang mendapat 5A UPSR.
Monday, November 16, 2015
KEPUTUSAN UPSR 2015
Keputusan keluar hari ini. Tahniah kepada ibu bapa yang anak mereka mendapat keputusan cemerlang 5A. Tahniah juga kepada sekolah dan guru yang berjaya mendidik pelajar sehingga mendapat 5A.
Pastinya sekolah yang banyak berusaha akan melahirkan ramai pelajar 5A. Untunglah anak-anak yang belajar di sekolah seperti ini.
Perkara asas yang perlu untuk pelajar mendapat 5A adalah latih tubi yang banyak. Ibu bapa boleh agak sama ada anak kita cukup latihan atau sebaliknya. Jika kita tidak melihat kertas latihan dan soalan yang banyak pada anak kita, menunjukkan latih tubi tidak cukup. Ibu bapa bolehlah bertanya kepada sekolah mengapa ianya tidak banyak. Mungkin kertas tidak cukup. Mungkin sekolah tidak ada bajet untuk beli kertas. Oleh itu ibu bapa hendaklah menolong pihak sekolah melalui saluran PIBG membelikan kertas dan peralatan lain yang perlu ke arah ini.
Lebih manis jika guru yang membuat kelas tambahan diberikan imbuhan. Sekali lagi PIBG boleh dijadikan saluran untuk membantu. Ibu bapa yang bijak akan susah hati jika yuran PIBG terlalu kecil. Bajet kecil progam yang dijalankan tidak banyak. Bagaimana hendak adakan seminar jawab soalan peperiksaan tanpa mengeluarkan belanja. Petunjuk yang senang dilihat oleh ibu bapa adalah yuran PIBG. Semakin besar yuran yang dikutip oleh PIBG semakin banyak program yang boleh dijalankan dan semakin dekat anak kita untuk mendapat 5A.
Pesan orang tua-tua 'kita tuai apa yang kita semai' adalah amat bertepatan dengan suasana kita hari ini.

RENAL PROFILE
Hari ini ke Klinik 1 Malaysia. Periksa BP dan kandungan gula dalam darah. Bacaan gula 5.1. Masih terkawal. Pegawai yang bertugas cadang buat pemeriksaan 'renal profile' di klinik kesihatan.
Semak dengan google maksudnya ialah : A renal profile is a diagnostic test that is designed to collect information about kidney function. It may be ordered if a doctor suspects that a patient has kidney problems or as part of an overall health screening to identify any medical problems a patient may be experiencing. The test requires a blood sample for analysis and may be performed as part of a full blood panel to determine the cause of a medical issue.
Mulai sekarang kena ambil tahu hal renal profile. Teringatkan ada kawan-kawan sebaya yang terpaksa menjalani dialisis buah pinggang.

Sunday, September 13, 2015
MESIN BASUH HITACHI
Anak-anak saya sungguh gembira kerana mesin basuh yang kami beli pada awal Jun 2015 dahulu, yang selalu meragam telah diganti dengan yang baru. Masyarakat perniagaan telah mengamalkan sikap budiman yang terpuji. Pengguna seperti saya mendapat perlindungan sewajarnya!
Terima kasih HITACHI. Terima kasih LC, kedai elektrik di Rompin!
Wednesday, August 19, 2015
JAMINAN MESIN BASUH HITACHI
Mesin basuh adalah peralatan rumah yang sangat besar peranannya dalam menyenangkan sesebuah keluarga. 50 tahun dahulu sebahagian besar masa seorang ibu dalam seharian (2 jam) mungkin dihabiskan untuk membasuh kain. Makin besar keluarga, makin lamalah seorang ibu memerah tenaganya mencuci kain baju setiap hari. Tugas yang sangat rutin dan jemu. Syukurlah kita hidup hari ini tahun 2015, mesin basuh telah mengambil tugas tersebut. Mungkin ada anak-anak kita yang tidak sedarpun kepentingannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)