Kami di Rompin sungguh bertuah kerana ada klinik ini. Terima kasih kepada kerajaan. Saya ambil peluang untuk periksa tekanan darah dua minggu sekali. Adakalanya lebih kerap lagi. Sambil itu boleh timbang berat badan, ambil ubat mata, ubat luka dan losyen gatal kulit.
Orang telah berumur 50+ sangat mustahak mengawal tekanan darah. Takut dapat strok.
Melihat orang terlantar bertahun-tahun akibat strok memang menginsafkan. Jika tekanan darah melebihi 140 (atas) wajib dapat nasihat doktor bagaimana nak kawal. Dengan ubat klinik/hospital kerajaan memang senang mengawalnya.
Bayar seringgit.
Boleh ukur berat badan.
doa anak dari quran
doa anak
~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
Wednesday, May 6, 2015
Thursday, April 23, 2015
BAHASA INGGERIS - LEGO
Anak saya sungguh gembira kerana hajatnya sekian lama untuk memiliki set LEGO tercapai. Saya perhatikan dia sungguh minat menyusun blog-blog 'lego' murah yang dibelinya sebelum ini. LEGO yang baru dibeli ini agak istimewa. Hampir RM200.
Saya selalu memerhatikannya menyusun dan mengambil gambar objek 'lego' untuk dibuat movie. Dia boleh buat movie dengan suara. Jadi dia telah belajar menggunakan software movie maker yang ada di dalam laptop di rumah kami. Adakalanya dia sungguh tekun membuatnya.
Bila dia 'memaksa' saya membeli set yang baru ini saya juga 'memaksa' dia membuat yang ini:
Tulisan Bahasa Inggeris ini dia dapatkan dari clip video 'Oh My English'. Perlu ada kemahiran mendengar dan menulis.
Monday, March 16, 2015
GOLF
Satu cara merehatkan fikiran. Boleh juga ajak anak main bersama-sama. Berlumba dengan anak siapa dahulu masukkan 100 bola dalam lubang. Janji untuk belikan set LEGO seratus ringgit lebih bila dia menang.
Tuesday, March 10, 2015
Monday, March 9, 2015
DIDIK ANAK PASAL ROKOK
“Kadang-kadang kita
lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah
merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu
perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk
berhenti merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan
Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi.
Ibu bapa jangan sekali-kali merokok di depan anak. Merokoklah banyak mana sekalipun TETAPI bukan depan anak.
Di sekolah, guru disiplin berhempas pulas menerangkan kepada pelajar jangan merokok, bahaya asap rokok, membazir merokok dan macam-macam lagi. Ini semua akan mengelirukan anak jika dia melihat ibu bapanya merokok. Suruh dia beli rokok di kedai runcit berhampiran rumah. Beli rokok dahulu dari beli roti Gardenia.
“Kadang-kadang kita
lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah
merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu
perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk berhenti
merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia
(PENGASIH), Mohd Yunus Pathi.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Sunday, March 8, 2015
RUMAH MESRA RAKYAT
Sangat teruja dapat panggilan SPNB Pahang yang anak saya dipelawa membuat sebuah rumah MESRA RAKYAT. Terima kasih SPNB. Terima kasih YAB PM!
Monday, February 9, 2015
Tuesday, February 3, 2015
JOM
Hari ini saya baru balik dari mengikut kursus. Saya sempat bertanya penceramah mengenai cara beliau mendidik anak-anak beliau. Saya sangat tertarik dengan cara 'JOM' yang beliau jelaskan kepada saya.
"Jom basuh pinggan!"
"Jom kemas rumah!"
"Jom baca buku!"
Prinsipnya ialah ajak anak. BUKAN SURUH.
"Pergi basuh pinggan!"
"Cepat sapu sampah!"
"Buat kerja sekolah!"
Saya sudahpun buat kaedah 'JOM' ini.
"Jom solat"
"Jom baca quran"
"Jom buat kerja sekolah"
Anak saya mematuhi dengan mudah ajakan saya malam ini.
Satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam mendidik anak-anak. Terima kasih tuan penceramah!
"Jom basuh pinggan!"
"Jom kemas rumah!"
"Jom baca buku!"
Prinsipnya ialah ajak anak. BUKAN SURUH.
"Pergi basuh pinggan!"
"Cepat sapu sampah!"
"Buat kerja sekolah!"
Saya sudahpun buat kaedah 'JOM' ini.
"Jom solat"
"Jom baca quran"
"Jom buat kerja sekolah"
Anak saya mematuhi dengan mudah ajakan saya malam ini.
Satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam mendidik anak-anak. Terima kasih tuan penceramah!
Saturday, December 20, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)