doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Monday, March 16, 2015

GOLF

Satu cara merehatkan fikiran. Boleh juga ajak anak main bersama-sama. Berlumba dengan anak siapa dahulu masukkan 100 bola dalam lubang. Janji untuk belikan set LEGO seratus ringgit lebih bila dia menang.



Monday, March 9, 2015

DIDIK ANAK PASAL ROKOK

“Kadang-kadang kita lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk berhenti merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi. 

Ibu bapa jangan sekali-kali merokok di depan anak. Merokoklah banyak mana sekalipun TETAPI bukan depan anak. 
Di sekolah, guru disiplin berhempas pulas menerangkan kepada pelajar jangan merokok, bahaya asap rokok, membazir merokok dan macam-macam lagi. Ini semua akan mengelirukan anak jika dia melihat ibu bapanya merokok. Suruh dia beli rokok di kedai runcit berhampiran rumah. Beli rokok dahulu dari beli roti Gardenia.



“Kadang-kadang kita lihat ada ibu-bapa yang merokok, mereka rasa macam tidak bersalah merokok di hadapan anak-anak kecil dan anak remaja mereka. Ini satu perlakuan negative, mereka ini perlu mengambil inisiatif untuk berhenti merokok mulai sekarang" - Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Sunday, March 8, 2015

RUMAH MESRA RAKYAT

Sangat teruja dapat panggilan SPNB Pahang yang anak saya dipelawa membuat sebuah rumah MESRA RAKYAT. Terima kasih SPNB. Terima kasih YAB PM!

Tuesday, February 3, 2015

JOM

Hari ini saya baru balik dari mengikut kursus. Saya sempat bertanya penceramah mengenai cara beliau mendidik anak-anak beliau. Saya sangat tertarik dengan cara 'JOM' yang beliau jelaskan kepada saya.

"Jom basuh pinggan!"
"Jom kemas rumah!"
"Jom baca buku!"

Prinsipnya ialah ajak anak. BUKAN SURUH.

"Pergi basuh pinggan!"
"Cepat sapu sampah!"
"Buat kerja sekolah!"

Saya sudahpun buat kaedah 'JOM' ini.

"Jom solat"
"Jom baca quran"
"Jom buat kerja sekolah"

Anak saya mematuhi dengan mudah ajakan saya malam ini. 

Satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam mendidik anak-anak. Terima kasih tuan penceramah!

Sunday, December 7, 2014

AJAR ANAK BEKERJA







Kagum dengan bapa ini yang telah membawa anaknya untuk membawa kereta kami dengan lori tunda.

"Kalau tidak bagi dia buat dia akan merajuk!". Begitulah kata-kata bapa ini kepada saya.

Monday, October 13, 2014

LAWAT SPNB

Bawa anak ke SPNB Rompin. Dapatkan maklumat bagaimana untuk mohon bina rumah mesra rakyat. Satu skim yang sangat bagus membantu orang ramai memiliki rumah. Terima kasih kerajaan!