doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Monday, October 13, 2014

LAWAT SPNB

Bawa anak ke SPNB Rompin. Dapatkan maklumat bagaimana untuk mohon bina rumah mesra rakyat. Satu skim yang sangat bagus membantu orang ramai memiliki rumah. Terima kasih kerajaan!

Monday, September 22, 2014

SOKONG ANAK BERNIAGA


 Stok simen bertambah.

 Pelawa tukang dan kontraktor.

Cari projek bina rumah. Sudah diberi kepercayaan oleh masyarakat peneroka membina 5 buah rumah mereka melalui pinjaman dari Felda RM40,000 setiap satu. Berminat pula untuk membuat rumah mesra rakyat PRIMA. Sudah daftar dengan Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebagai kontraktor panel. Juga berminat untuk buat rumah pinjaman kerajaan.

Sunday, September 7, 2014

BELAJAR BERNIAGA

Sentiasa beri sokongan kepada anak yang berniaga barang binaan.

Sudah mula membina rumah peneroka sekitar Bera. Peneroka membuat pinjaman RM40,000 untuk sebuah rumah.



Tuesday, June 24, 2014

GERAN IPT YAYASAN PAHANG


Terima kasih kepada Yayasan Pahang yang memberi geran kepada anak saya dan semua anak Pahang yang memasuki IPT tahun ini. Duit tunai RM500 ini telah diambil di pejabat Yayasan Pahang Tanjung Lumpur.

Tuesday, May 20, 2014

HOBI SIHAT BADAN

Kami sekeluarga sungguh bertuah kerana dapat mendiami sebuah rumah kerajaan yang mempunyai kawasan luas. Sebelum ini jogging sebagai cara mengeluarkan peluh. Sekarang berkebun mengeluarkan peluh. Banyak peluh. Lena tidur malam! Aktiviti ini perlukan kesungguhan. Hujung minggu sejam pagi dan sejam petang. Hari biasa sejam petang sahaja.

 Menyediakan batas yang berpeluhnya!

 Mentimun
 
Bendi
 
Buah mentimun hampir matang

Tuesday, April 1, 2014

TANAM SAWI

Aktiviti yang sangat menyeronokkan bersama-sama anak. Hasilnya sungguh sedap dimakan. Tiada racun. Sayur segar. Petik bila nak makan. Rasanya manis. Patut lama dah buatnya!




Wednesday, February 5, 2014

BUKU HILANG

Anak saya masuk sekolah baru. Kelas baru, guru baru dan kawan-kawan baru. Tahun 4 semua buku teks baru.

Dua hari lepas buku teks Matematik hilang.

Puas dia mencarinya. Dalam beg. Dalam almari. Atas meja. Dalam bilik kakak. Tak jumpa.

Memang dia risau. Mungkin takut didenda oleh cikgu sebab buku tak ada. 

Saya suruh dia selesaikan masalah dia sendiri. 
"Pergi jumpa cikgu dan minta buku baru". 

Terima kasih kepada guru yang memberi buku teks baru kepada anak saya. "Kena bayar abah! RM14.75". 

Kami mesyuarat sekeluarga. Bagaimana mengelakkan buku hilang lagi. Mungkin buku cicir di sekolah. Masuk beg kawan. Terambil oleh orang lain.

Keputusannya: print gambar tuan buku dengan namanya sekali dan lekatkan pada kulit depan buku supaya orang nampak siapa tuan buku.

Thursday, January 9, 2014

BAHASA INGGERIS & BOLA

Anak saya desak beli bola. 
Syaratnya.
Kena buat kerja. Ada makna yang tak berapa tepat. Tak apalah. Betulkan kemudian. Dia sudah tidak kekok untuk semak kamus. Setelah di'dera' begini!

Wednesday, December 11, 2013

TAK DAPAT ASRAMA PENUH

Keputusan permohonan ke asrama penuh sudah diketahui. Ada ibu bapa yang sangat gembira kerana anak yang dapat UPSR 5A berjaya. Ada juga anak yang 5A tetapi tidak berjaya.

Mungkin anak juga mempunyai perasaan yang sama. Gembira dan bangga jika terpilih. Sedih jika gagal.

Patutkah kita berebut tempat di asrama penuh? Apakah kita tidak berupaya membimbing anak di rumah? Saya berpendapat, bagi ibu bapa yang berada dan berkelulusan universiti berilah peluang belajar di asrama penuh itu kepada anak dari keluarga tidak berada.

Saturday, November 30, 2013

TEORI KIT KAT

Semalam saya ke kedai selepas solat Jumaat sebagai rutin mingguan membeli komik untuk anak. Kemudian kami ke pasar raya mencari barang makan. Anak saya desak beli kit kat. Saya lihat harganya hampir dua belas ringgit. Saya cadangkan padanya beli snickers yang berharga tiga ringgit. Saya beli sedikit buah. Kami balik selepas mendapat keperluan masing-masing.

Hari ini saya ke pasar raya Mydin.  Saya mendapatkan barang-barang keperluan harian yang murah banding tempat lain. Berhampiran dengan kaunter bayar saya lihat kit kat dijual pada harga sepuluh ringgit. Mengingatkan permintaan anak saya di pasar raya semalam, saya membeli dua paket coklat berkenaan.

Semasa membayar, harga kit kat itu sembilan ringgit sahaja. Sampai di rumah anak saya begitu tajam matanya nampak bungkusan mengandungi kit kat. Dia bertindak sebagai akauntan membahagikan kit kat kepada semua ahli keluarga. Dia dapat tujuh unit manakala orang lain dapat lima unit sahaja. Saya juga dapat.

Dia mendesak memberikan bahagian saya kepadanya. Saya kata boleh. Satu kit kat sepuluh makna perkataan bahasa Inggeris. Mulanya dia teragak-agak untuk menyahut cabaran ini. Kakaknya segera bersetuju dengan cabaran saya menyebabkan dia bersetuju juga. 

Hari ini anak saya menulis lima belas perkataan. Sepuluh bagi kit kat pertama. Lima sahaja bagi kit kat kedua.