doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Friday, July 22, 2016

UPSR




Terima kasih kepada guru-guru yang bersungguh-sungguh mengadakan program ini. Memang nampak jelas wajah anak-anak yang bersemangat datang ke resort ini.

Saturday, July 9, 2016

UiTM



Hantar anak ke asrama. Masing-masing ada satu lagi paper sebelum cuti semester.

Tuesday, July 5, 2016

HARI RAYA



Hari ini Rabu 6 Julai 2016 kita sambut raya. Kami sembahyang raya di masjid Tementi.
Bergambar keluarga yang sempat balik beraya di rumah emak.

Friday, July 1, 2016

HOMESTAY







Bina rumah homestay Koperasi Sebertak. Bagus idea koperasi ini membina homestay untuk keperluan anak-anak felda yang balik ke Sebertak, Tementi dan Rentam. Beri keselesaan kepada cucu dan menantu yang ramai terutamanya!

Monday, June 27, 2016

BAYAR ROAD TAX


LAWAT SAWMILL


Teman anak lawat sawmill untuk beli kayu. Balau ini sangat cantik dan besar. Ukuran 10 inci x 10 inci.



Papan 2 inci x 12 inci.


BAIKI PINTU

Ajak anak ganti kunci pintu yang telah rosak.



Budak yang ada minat cepat mengenal komponen yang ada. Dapat agak kedudukan komponen supaya berfungsi.



Siap pasang rumah kami boleh dikunci dari luar. Setelah dua tahun guna tali sebagai pengikat.

PENAPIS AIR

Terima kasih syarikat bekalan air yang memberi kita air setiap hari. Oleh kerana air yang tiba di rumah telah merentasi paip yang panjang, maka bila tiba di rumah air itu lama kelamaan boleh bertukar menjadi seperti ini:



Eloklah kita memasang penapis ...


Boleh buat 'backwash'


Air boleh cantik semula .....

Wednesday, May 18, 2016

DEMAM

Ada masanya anak kita demam. Ibu bapa perlu perihatin tentang suhu badan anak. Jika terlalu panas boleh sebabkan sawan. Selalu rasa dahi anak untuk tahu panasnya. Letak tuala basah untuk kurangkan suhu.

Elok di rumah ada jangkasuhu. Beli dari farmasi. Boleh dapat kurang dari RM 200. Untuk sukat suhu badan ahli keluarga. Bila anak demam suruh dia sukat sendiri suhu badannya. Dengan cara ini dia boleh ingat dan faham suhu badan normal dan suhu demam.