doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Monday, March 21, 2016

BINA RUMAH





Bina rumah memang menyeronokkan. Boleh murah, sederhana dan mahal. Bergantung kepada bahan dan kemasan yang digunakan. Anak kami macam sudah faham asas bagaimana nak bina rumah. Bahan yang diperlukan dan berurusan dengan tukang. 

Tuesday, March 8, 2016

BELI MIKROSKOP

Anak ada banyak kemahuan. Terutamanya bila dia lihat kawan dia ada benda baru yang dibeli. Bagaimana kita melayan kemahuan ini amat penting kepada perkembangan tingkahlaku dan minda anak kita.

Anak saya kerap mengajak saya ke ToysRs. Macam-macam benda dia hendak beli. Dia sangat minat dengan barang permainan LEGO. Banyak juga yang sudah dibeli. Permainan yang mencabar mencecah harga RM1,000. Sangat bagus jika kita ada duit untuk membelinya. Setakat ini belum boleh beli lagi. Oleh kerana tidak boleh beli, dia minta beli benda lain sebagai 'tactical strategy'. Dia ubah sasaran untuk beli mikroskop. Hargapun boleh tahan. RM 350. Pada fikiran saya mikroskop yang ada di situ tidak berbaloi dengan harganya. Sebagai tactical strategy saya pulak, saya beritau dia supaya semak harga dengan LAZADA. 

Setelah menyemak dengan LAZADA dia akui bahawa ada mikroskop yang lebih bagus dari yang dia lihat di kedai. Harga RM100. Saya senyum sahaja. Strategi bagus.






Mikroskop ini memang bagus. Kena sambung pada komputer. Objek boleh nampak pada skrin komputer.

Projek pertama kami adalah lihat akar rambut dan kulit kepala.



Lokasi kurang rambut: kulit kepala warna kuning, ada tompok merah, batang rambut kecil, banyak satu liang satu rambut.




Lokasi banyak rambut : batang rambut kasar, warna kulit kepala putih, tiada tompok merah, banyak satu liang ada tiga batang rambut.

Wednesday, March 2, 2016

KEPUTUSAN SPM 2015

Hari ini keputusan keluar. Ibu bapa menanti penuh debaran. Sijil SPM sangat mustahak untuk anak kita mohon IPT yang bagus. Keputusan yang bagus boleh mohon kursus dan IPT yang bagus. Begitu juga sebaliknya.

Apa yang anak dapat hari ini adalah hasil usahanya sendiri. Apa yang dia usahakan bergantung banyak kepada tunjuk ajar guru, dorongan ibu bapa dan pengaruh kawan-kawannya. 




Tahniah kepada anak, ibu dan bapa yang dapat keputusan seperti ini!

Monday, February 29, 2016

MESYUARAT AGONG PIBG



Sebagai ibu bapa pergilah ke mesyuarat PIBG. Berilah sumbangan tenaga, fikiran dan wang ringgit kepada PIBG supaya banyak program yang boleh dilaksanakan. Jika ibu bapa berpendapat tawaran masuk asrama penuh selepas keputusan UPSR adalah sangat berharga, maka berilah sokongan dari segi kewangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas tambahan sebanyak mungkin kepada anak kita. Kelas tambahan memerlukan kertas soalan & nota, bayaran fotostat dan saguhati kepada guru. Berilah kemudahan kepada guru untuk buat salinan nota dan soalan anak kita. Jika kertas dan bayaran fotostat datang dari poket guru matapelajaran tentulah ada perkara yang sangat tidak kena kepada kita, ibu bapa. Ini akan memberi kesan kepada peluang anak untuk dapat UPSR 6A!

Berapa harga kita letak jika anak kita dapat UPSR 6A? 100/200/500/1000/5000? Itulah yang patut kita dermakan kepada sekolah.

Sunday, February 14, 2016

Friday, February 5, 2016

KURSUS KEPIMPINAN

Ada masanya sekolah anak kita mengadakan kursus kepimpinan untuk pelajar. Jika anak kita terpilih mengikuti kursus ini berilah sokongan seikhlasnya kepada sekolah. Dengan peraturan sekolah tidak boleh mengutip yuran tentulah kewangan sekolah sangat terhad. Jika ibu bapa boleh menyokong sekolah dari segi kewangan tentulah memberi kelegaan kepada sekolah. Pihak sekolah boleh memaklumkan kepada ibu bapa berapa belanja yang terlibat. Tentu ada ibu bapa yang boleh memberi sumbangan!




Friday, January 22, 2016

JALAN-JALAN KE KOREA

Bandar bersih. Orang jujur, barang tertinggal tidak hilang. Perkhidmatan keretapi tepat masa.



Friday, January 15, 2016

BERNIAGA








Kedai bahan binaan ini telah berjalan hampir tiga tahun. Awal buka dahulu jika ada seorang pelanggan yang datang ke kedai, itu sudah cukup bagus untuk hari itu. Jualan sebulan tidak lebih dari RM 1000. Bagaimana mahu bertahan kerana sewa tapak sahaja sudah RM 1000 sebulan.


Dengan kecekalan dan modal yang ada kedai ini bertahan hingga ke hari ini. Barang-barang sudah dipelbagaikan. Walaupun masih jauh jika dibandingkan dengan kedai yang sudah maju, tetapi ianya boleh menarik pelanggan sekitar untuk datang membeli barang-barang keperluan umum yang diperlukan bila membina dan mengubah suai rumah. Mungkin membeli barang-barang yang terputus sahaja. Jualan purata diantara RM 2000 hingga RM 3000 sehari. Simen, bata dan pasir memang boleh dijual lebih kompetitif dari kedai besar di luar kawasan kerana kos pengangkutan yang dapat dijimatkan.



Kedai ini juga mendapat sokongan dari Koperasi Peneroka Felda Sebertak. Koperasi yang membantu mendapatkan simen terus dari kilang. Koperasi juga mendapatkan mesin bancuh cat Nippon berkomputer. Semakin meriah.





Bagi melihat perjalanan kedai semasa melakukan kerja luar, beberapa kamera dipasang di dalam kedai. Kamera ini boleh dicapai dengan telefon bimbit. Suasana kedai secara 'live' dapat dilihat pada telefon bimbit.

Thursday, January 7, 2016

BIJAK ATUR KENDURI KAHWIN

Bagaimana kita boleh membimbing anak mengadakan kenduri kahwin yang tidak membebankan mereka? 

Bagaimana mengadakan kenduri yang tidak membazir?

Lazimnya kenduri sekarang memerlukan belanja RM10-30 ribu. Jalan paling mudah bagi anak kita adalah meminjam dengan Bank Rakyat. Kemudian selepas berkahwin terpaksa membayar pinjaman mengikut jumlah pinjaman dan tahun bayar:

RM10,000 bayar 10 tahun RM125 sebulan
RM15,000 bayar 10 tahun RM188 sebulan
RM20,000 bayar 10 tahun RM 250 sebulan
RM25,000 bayar 10 tahun RM 313 sebulan 
RM30,000 bayar 10 tahun RM 375 sebulan

Jika melihat jadual bayaran sahaja, ramai anak kita akan membuat pinjaman RM30 ribu kerana bayarannya RM 375 sahaja sebulan. Nampak angkanya kecil, tetapi jika gaji anak itu RM2,500 sebulan ianya adalah 15% dari gajinya. Dia perlu bayar 10 tahun. Jumlah yang dia perlu bayar adalah RM45,000.

Apakah caranya menguruskan perkahwinan yang hanya memerlukan belanja yang di bawah RM10,000? Mengapa kita tidak buat kenduri di bawah RM10,000. Apa faktor yang menghalangnya?