doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Thursday, August 8, 2019

Sunday, August 4, 2019

CAKAP ANAK

"Apa yang cikgu buat kepada kamu malam tadi?" soal saya kepada pelajar asrama yang dilaporkan melawan warden di hadapan ayah dan ibunya.

"Cikgu cekik saya!" jawab pelajar itu.

Sebagai ibu bapa memanglah kita akan sangat marah kepada warden tersebut. Apakah kesalahan anak kita sampai di'cekik' ?

"Sekolah ini ada SOP cekik budak ke ?" soal ayah pelajar kepada saya.

"Saya boleh buat laporan polis" kata siayah seolah mengugut!

Dialog di atas saya alami semasa sesi pertemuan antara saya sebagai pengetua dengan pelajar serta ibu bapanya.

"Saya tidak nampak anak encik dicekik. Encik berdua tidak nampak bagaimana dia dicekik. Saya percaya perbuatan 'cekik' itu memang berlaku. Tetapi saya yakin ianya tidaklah seperti mana yang digambarkan". 

Saya tidak nampak kesan cekik dileher pelajar itu. Dia pun tidak menunjukkan kesan cekik dilehernya. Ibu dan bapanya pun tidak memeriksa leher anak mereka. Jika telah diperiksa dan ada kesan cekik tentulah mereka akan berhujah seperti peguam di dalam mahkamah di depan pengetua sekolah.

Saya nasihatkan ibu bapa supaya tidak percaya 100% laporan anak. Biasanya anak akan membuat cerita sebagai helah bela diri. Jika ibu bapa percaya 100% tentulah akan menimbulkan kemarahan yang teramat sangat.

Apabila ibu bapa mengeluarkan kata-kata seperti di atas dan ditambah lagi dengan ucapan yang kesat-kesat tentulah amat melukakan hati guru. Pada hal anak menambah cerita hanya sebagai helah bela diri sahaja.

Saya sengaja untuk tidak temukan warden dengan ibu bapa pelajar itu untuk elak suasana tegang dari berlaku. Juga elak warden kecil hati.

Namun begitu jika benar-benar warden mencederakan anak kita, bawalah ke klinik untuk pemeriksaan doktor dan buatlah laporan polis.