doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Wednesday, August 24, 2016

BUAT ROTI





Operasi membuat roti dah bermula. Oleh kerana telah ikut kursus berbayar di Kuantan, pembuat roti mahir mengadun, menguli dan membakar roti. Memang sedap dan lembut roti yang terhasil. Boleh jual!

Monday, August 22, 2016

OVEN BARU


Oven baru. Bila pasang keluar bunyi. Api tidak hidup. Bau gas ada. Macamana nak guna. Mahal tapi tak dapat nak guna!
Telefon kedai, taukeh beritau dia tak dapat datang ke rumah. Jauh. Memang jauh. Minta hantar semula ke Kuantan. Tak sanggup. Jauh, berat dan besar!
Taukeh janji nak datang dalam tempoh 2 hari. Sambil itu dia suruh buka 4 skru untuk lihat hose gas mungkin terlipat. Kami buka dan lihat komponennya seperti dalam gambar. Benarlah, hose gas terlipat dan menyekat laluan gas. Bila hose disuaikan supaya tidak berlipat, api menyala dengan baik.
Boleh mula bakar roti!


Saturday, August 20, 2016

ANGKUT OVEN & MIXER


Bermalam di Seri Malaysia Kuantan sebelum bawa balik ke Rompin. Perkakasan ini telah dirancang lama untuk dibeli. Harga agak mahal. Kena sabar kumpul duit!