doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Wednesday, March 30, 2016

MENETAPKAN SASARAN UPSR 2016

Sekolah anak saya memanggil semua penjaga tahun enam. GPK 1 memberi penerangan mengenai sasaran UPSR tahun ini. Saya lihat memang cantik. Terima kasih kepada semua guru dan pasukan pentadbir sekolah yang merangka gerak kerja untuk mencapai sasaran ini.

Selepas taklimat GPK 1, semua penjaga yang hadir dijemput ke kelas anak masing-masing. Penjaga perlu bertemu secara individu dengan guru matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Penjaga diberi penjelasan oleh setiap guru pencapaian semasa anak masing-masing. Setiap anak diberi sasaran UPSR dan dijelaskan mengapa sasaran itu begitu. 

Penjaga boleh bertanya hal anak mereka di sekolah. Rajin, malas, aktif dan sebagainya. Saya biarkan penjaga lain bertemu guru. Saya mengambil giliran yang akhir. Boleh lihat gelagat ibu bapa berinteraksi dengan guru. Ada penjaga sekadar datang dan bertemu guru sahaja. Apa yang menarik perhatian saya adalah gelagat penjaga yang mengambil serius perkara ini. Mereka datang berdua suami isteri. Banyak soalan ditanya kepada guru. 

Ada seorang budak yang kemas dan berbadan segak. Rambutnya digunting dan disikat rapi. Guru menerangkan kepada bapanya yang budak ini tidak bercakap di dalam kelas. Jika dia tidak faham dia tidak bertanya. Bapanya bersungguh-sungguh menyuruh dia bertanya kepada guru jika tidak faham. Namun budak itu senyum sahaja.

Saya lihat bapanya memang bersungguh-sungguh menemui setiap guru bersama anaknya dan minta anaknya bercakap di dalam kelas.

Monday, March 21, 2016

BINA RUMAH





Bina rumah memang menyeronokkan. Boleh murah, sederhana dan mahal. Bergantung kepada bahan dan kemasan yang digunakan. Anak kami macam sudah faham asas bagaimana nak bina rumah. Bahan yang diperlukan dan berurusan dengan tukang. 

Tuesday, March 8, 2016

BELI MIKROSKOP

Anak ada banyak kemahuan. Terutamanya bila dia lihat kawan dia ada benda baru yang dibeli. Bagaimana kita melayan kemahuan ini amat penting kepada perkembangan tingkahlaku dan minda anak kita.

Anak saya kerap mengajak saya ke ToysRs. Macam-macam benda dia hendak beli. Dia sangat minat dengan barang permainan LEGO. Banyak juga yang sudah dibeli. Permainan yang mencabar mencecah harga RM1,000. Sangat bagus jika kita ada duit untuk membelinya. Setakat ini belum boleh beli lagi. Oleh kerana tidak boleh beli, dia minta beli benda lain sebagai 'tactical strategy'. Dia ubah sasaran untuk beli mikroskop. Hargapun boleh tahan. RM 350. Pada fikiran saya mikroskop yang ada di situ tidak berbaloi dengan harganya. Sebagai tactical strategy saya pulak, saya beritau dia supaya semak harga dengan LAZADA. 

Setelah menyemak dengan LAZADA dia akui bahawa ada mikroskop yang lebih bagus dari yang dia lihat di kedai. Harga RM100. Saya senyum sahaja. Strategi bagus.






Mikroskop ini memang bagus. Kena sambung pada komputer. Objek boleh nampak pada skrin komputer.

Projek pertama kami adalah lihat akar rambut dan kulit kepala.



Lokasi kurang rambut: kulit kepala warna kuning, ada tompok merah, batang rambut kecil, banyak satu liang satu rambut.




Lokasi banyak rambut : batang rambut kasar, warna kulit kepala putih, tiada tompok merah, banyak satu liang ada tiga batang rambut.

Wednesday, March 2, 2016

KEPUTUSAN SPM 2015

Hari ini keputusan keluar. Ibu bapa menanti penuh debaran. Sijil SPM sangat mustahak untuk anak kita mohon IPT yang bagus. Keputusan yang bagus boleh mohon kursus dan IPT yang bagus. Begitu juga sebaliknya.

Apa yang anak dapat hari ini adalah hasil usahanya sendiri. Apa yang dia usahakan bergantung banyak kepada tunjuk ajar guru, dorongan ibu bapa dan pengaruh kawan-kawannya. 




Tahniah kepada anak, ibu dan bapa yang dapat keputusan seperti ini!