doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Friday, January 22, 2016

JALAN-JALAN KE KOREA

Bandar bersih. Orang jujur, barang tertinggal tidak hilang. Perkhidmatan keretapi tepat masa.



Friday, January 15, 2016

BERNIAGA








Kedai bahan binaan ini telah berjalan hampir tiga tahun. Awal buka dahulu jika ada seorang pelanggan yang datang ke kedai, itu sudah cukup bagus untuk hari itu. Jualan sebulan tidak lebih dari RM 1000. Bagaimana mahu bertahan kerana sewa tapak sahaja sudah RM 1000 sebulan.


Dengan kecekalan dan modal yang ada kedai ini bertahan hingga ke hari ini. Barang-barang sudah dipelbagaikan. Walaupun masih jauh jika dibandingkan dengan kedai yang sudah maju, tetapi ianya boleh menarik pelanggan sekitar untuk datang membeli barang-barang keperluan umum yang diperlukan bila membina dan mengubah suai rumah. Mungkin membeli barang-barang yang terputus sahaja. Jualan purata diantara RM 2000 hingga RM 3000 sehari. Simen, bata dan pasir memang boleh dijual lebih kompetitif dari kedai besar di luar kawasan kerana kos pengangkutan yang dapat dijimatkan.



Kedai ini juga mendapat sokongan dari Koperasi Peneroka Felda Sebertak. Koperasi yang membantu mendapatkan simen terus dari kilang. Koperasi juga mendapatkan mesin bancuh cat Nippon berkomputer. Semakin meriah.





Bagi melihat perjalanan kedai semasa melakukan kerja luar, beberapa kamera dipasang di dalam kedai. Kamera ini boleh dicapai dengan telefon bimbit. Suasana kedai secara 'live' dapat dilihat pada telefon bimbit.

Thursday, January 7, 2016

BIJAK ATUR KENDURI KAHWIN

Bagaimana kita boleh membimbing anak mengadakan kenduri kahwin yang tidak membebankan mereka? 

Bagaimana mengadakan kenduri yang tidak membazir?

Lazimnya kenduri sekarang memerlukan belanja RM10-30 ribu. Jalan paling mudah bagi anak kita adalah meminjam dengan Bank Rakyat. Kemudian selepas berkahwin terpaksa membayar pinjaman mengikut jumlah pinjaman dan tahun bayar:

RM10,000 bayar 10 tahun RM125 sebulan
RM15,000 bayar 10 tahun RM188 sebulan
RM20,000 bayar 10 tahun RM 250 sebulan
RM25,000 bayar 10 tahun RM 313 sebulan 
RM30,000 bayar 10 tahun RM 375 sebulan

Jika melihat jadual bayaran sahaja, ramai anak kita akan membuat pinjaman RM30 ribu kerana bayarannya RM 375 sahaja sebulan. Nampak angkanya kecil, tetapi jika gaji anak itu RM2,500 sebulan ianya adalah 15% dari gajinya. Dia perlu bayar 10 tahun. Jumlah yang dia perlu bayar adalah RM45,000.

Apakah caranya menguruskan perkahwinan yang hanya memerlukan belanja yang di bawah RM10,000? Mengapa kita tidak buat kenduri di bawah RM10,000. Apa faktor yang menghalangnya?