Kami di Rompin sungguh bertuah kerana ada klinik ini. Terima kasih kepada kerajaan. Saya ambil peluang untuk periksa tekanan darah dua minggu sekali. Adakalanya lebih kerap lagi. Sambil itu boleh timbang berat badan, ambil ubat mata, ubat luka dan losyen gatal kulit.
Orang telah berumur 50+ sangat mustahak mengawal tekanan darah. Takut dapat strok.
Melihat orang terlantar bertahun-tahun akibat strok memang menginsafkan. Jika tekanan darah melebihi 140 (atas) wajib dapat nasihat doktor bagaimana nak kawal. Dengan ubat klinik/hospital kerajaan memang senang mengawalnya.
Bayar seringgit.
Boleh ukur berat badan.