doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Wednesday, February 5, 2014

BUKU HILANG

Anak saya masuk sekolah baru. Kelas baru, guru baru dan kawan-kawan baru. Tahun 4 semua buku teks baru.

Dua hari lepas buku teks Matematik hilang.

Puas dia mencarinya. Dalam beg. Dalam almari. Atas meja. Dalam bilik kakak. Tak jumpa.

Memang dia risau. Mungkin takut didenda oleh cikgu sebab buku tak ada. 

Saya suruh dia selesaikan masalah dia sendiri. 
"Pergi jumpa cikgu dan minta buku baru". 

Terima kasih kepada guru yang memberi buku teks baru kepada anak saya. "Kena bayar abah! RM14.75". 

Kami mesyuarat sekeluarga. Bagaimana mengelakkan buku hilang lagi. Mungkin buku cicir di sekolah. Masuk beg kawan. Terambil oleh orang lain.

Keputusannya: print gambar tuan buku dengan namanya sekali dan lekatkan pada kulit depan buku supaya orang nampak siapa tuan buku.