doa anak dari quran

doa anak dari quran

doa anak

~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Thursday, June 14, 2012

MENDIDIK ANAK : BASIKAL BARU

Basikal baru dah beli. Tetapi juzuk amma belum hafal lagi. Tengah cari idea yang sesuai. Tuan basikal memang seronok sangat. Memuji ayahnya belikan dia basikal. Satu masa dulu anak saya sungguh tidak menyangka yang saya boleh belikan dia kayu golf kecik untuk saiz budak. 


"Abah memang hebat!" 


Itulah kata-kata yang keluar spontan dari mulutnya yang saya ingat sampai sekarang.




Sekarang saya sedang mencuba memasang mp3 juzuk amma yang telah diconvert dari youtube posting yang lalu. Pasang 24 jam. Nak tengok apa kesannya.



Sunday, May 20, 2012

MENDIDIK ANAK : MODUL MENGHAFAL JUZUK AMMA

Saya sedang menggesa anak saya menghafal juzuk amma. Kalau tidak boleh semua surahnya, separuh dari itu sudah amat baik. Saya telah mencuba berbagai kaedah tetapi apalah yang boleh dijangkakan daripada seorang budak lelaki berumur 8 tahun yang sedang lasak bermain.


Sehari dua ini dia terlintas untuk bermain basikal. Basikal abangnya yang dibeli 20 tahun dahulu telah terlalu kecil untuk saiznya. Jadi dia mendesak saya untuk membeli basikal baru. Warna biru dengan hijau katanya. Saya masih belum dapat membayangkan basikal apa yang dia maksudkan itu.


Peluang ini saya gunakan sebagai 'urusniaga' bapa dengan anak. Anak hafal juzuk amma, bapa beli basikal. Dia telah cuba menghafal beberapa kali. Tetapi tidaklah bersungguh-sungguh sangat. Akhirnya dia telah 'psiko' saya dengan membatalkan hajatnya untuk membeli basikal itu. Mesej yang dia hendak beritahu saya adalah dia tidak perlu hafal lagi. Begitulah keadaannya anak-anak sekarang. Tetapi berapa lama sangatlah dia boleh membatalkan hajatnya itu. Selang beberapa lama dia minta semula untuk beli basikal! Maknanya dia kena hafal juga.


Saya telah mendapatkan juzuk amma dari youtube seperti alamat berikut : 


http://www.youtube.com/watch?v=h7GLj0rpcm0 


yang memuatkan tulisan juzuk amma dengan suara budak yang sangat merdu alunan suaranya. ''Abah hendak hafal macam ini''.  Saya kempen anak saya supaya guna klip ini sebagai alat bantu belajar dia untuk hafal juzuk ini. 


Setakat ini masih mencuba!

Wednesday, May 2, 2012

MENDIDIK ANAK : PENGALAMAN SEORANG BAPA

Saya ada seorang pelajar yang agak lasak. Lebih suka menunggang motosikal dari belajar. Dia sangat resah jika tinggal di asrama kerana tidak dapat membawa motosikalnya. 

Satu hari dia ditangkap oleh warden asrama kerana merokok. Hukumannya adalah gantung asrama 3 hari. 

Apabila bapanya dipanggil ke sekolah untuk dimaklumkan hukuman itu, dialog antara bapanya dengan saya sangat menyentuh hati saya. Hampir saya tidak mempercayai apa yang saya dengar apabila bapanya mengeluarkan kata-kata seperti berikut:


'Kalau engkau hendak suruh aku sembah kepala lutut engkau supaya engkau mahu duduk asrama, aku sembah. Tolonglah duduk di asrama...'


Apa yang boleh saya tolong kepada bapa ini? 

Friday, April 27, 2012

MENDIDIK ANAK : MODUL MUDAH BAHASA INGGERIS

Saya ada seorang anak berumur 8 tahun darjah dua sekolah kebangsaan. Saya telah pikat dia dengan berbagai cara untuk membaca buku bahasa Inggeris. Salah satu siri buku yang saya 'paksa' dia baca adalah seperti dalam gambar.



Buku ini boleh mengeluarkan suara bila pen kuning itu ditunjukkan ke nombor muka surat. Oleh kerana ianya interaktif dan bersuara native speaker maka ianya sangat mudah menarik perhatian kanak-kanak.


Anak saya sangat suka meniru suara yang ada di dalam I-pen ini. Sedar tak sedar dia telah membaca 30 buah buku yang mudah seperti ini. Ini disebabkan oleh anak saya mempunyai banyak 'permintaan' seperti kanak-kanak yang lain. Setiap kali dia meminta sesuatu seperti nak beli majalah, nak beli aiskrim, nak beli pensel warna dan sebagainya saya syaratkan dia baca buku ini dengan pen kuning itu sekali. Lebih tinggi 'permintaan' anak saya lebih banyak buku yang perlu dibaca. Saya sangat seronok jika dia minta saya beli cd games ps2. Biasanya dia akan ikut sahaja membaca berapa banyak buku yang saya syaratkan.


Sekarang dia sedang sibuk menulis tajuk buku ini di dalam buku nilam sekolahnya. Dia memberitahu dengan penuh semangat bahawa sesiapa yang paling banyak membaca buku akan dihadiahkan sebuah basikal oleh sekolahnya. Kalau dia tidak menang nanti, kenalah saya belikan basikalnya!


Satu hari setelah dia habis menyelesaikan tuntutan saya membaca lima buku i-pen ini, saya membawa dia pergi ke kedai cd games untuk membeli cd organizer. Saya bawa sekali abang sulungnya kerana susah untuk parking kereta. Setelah mendapat tempat parking yang berdekatan, saya menyuruh dia dan abangnya ke kedai cd berkenaan. Dia sungguh bersemangat untuk mendapatkan hadiahnya itu. Saya sudah bersedia untuk menanti sekurang-kurangnya setengah jam kerana anak saya ini agak cerewet memilih barang yang hendak dibelinya. Walau bagaimanapun selang lima minit sahaja dia dan abangnya bergegas menuju ke kereta dengan membawa bungkusan roti coklat di tangan masing-masing. Bukannya cd organizer. Saya mengajukan soalan mengapa tidak beli cd organizer kepada mereka. Jawapannya adalah kedai cd terbakar! Selamatlah duit saya hari itu!


Tuan-tuan yang nak tahu lebih lanjut mengenai buku ini boleh hubungi saya melalui ruangan comments blog ini.

Post saya di dalam blog ini December 2010 adalah berkaitan dengan post ini. Saya paste semula tulisan saya itu di sini.

Saya berpeluang bercuti ke Kuala Lumpur sepanjang cuti sekolah ini. Saya telah berkunjung sebuah pasar raya besar - Tesco - di Ampang bersama-sama dengan anak-anak. Kami ke kedai buku POPULAR. Anak saya berminat dengan buku cerita Bahasa Inggeris siri ROBIN. Pada buku tersebut tercatat i-Pen readable. Sayapun meneliti buku tersebut dan bertanyakan pembantu kedai apakah maksud i-Pen readable itu.
Saya ditunjukkan bagaimana buku siri ROBIN ini boleh dibaca oleh sebatang pen khas apabila pen itu dihalakan ke muka suratnya. Anak saya begitu bersemangat untuk memiliki buku dan pen ini. Saya fikir ianya adalah satu benda yang boleh mendatangkan faedah kepada anak saya. Mungkin ianya boleh mendatangkan minat membaca buku Bahasa Inggeris kepada anak saya yang berumur 6 tahun dan juga 11 tahun. Saya membeli satu set 5 buku dengan CD berharga 45 ringgit dan sebatang i-Pen berharga 99 ringgit.
Kembali ke rumah, kami cuba memasang file dari CD ke dalam i-Pen. Ternyata ianya bukan satu kerja yang mudah. File dari CD berkenaan tidak mahu download ke i-Pen dengan error i-Pen not found! Ini telah menimbulkan kekecewaan yang amat sangat kepada anak saya.
Saya terpaksa meneliti kertas manual yang dibekalkan dan mengikut arahan supaya pergi ke laman webnya http://robin.popularworld.com untuk melihat arahan di situ. Ternyata ia lebih mudah dan berjaya.
Anak saya sungguh gembira dan begitu asyik dengan buku dan pennya yang boleh bercakap! Sesiapa yang berminat boleh membeli buku i-Pen readable dan i-Pen di kedai POPULAR. Jika menghadapi masalah untuk downloadnya boleh minta bantuan saya. PERCUMA!

Thursday, April 26, 2012

HIDUP INI MEMILIH PERSIMPANGAN

 

Hidup ini membolehkan kita memilih persimpangan; baik atau buruk. Bergantung kepada yang kita pilih. Pilih yang mana?