Sekarang adalah masa bagi ibu bapa yang anak mereka mendapat keputusan UPSR 2010 mengatur langkah memilih sekolah yang difikirkan paling bagus bagi anak mereka. Bagi anak yang mendapat 5 A, mungkin sekolah yang dihajatkan boleh menjadi kenyataan. Namun bukan semua anak boleh mendapat 5 A. Saya lebih berminat dengan anak yang tidak mendapat 5 A. Saya perhatikan ibu bapa sangat bersungguh-sungguh mendapatkan sekolah yang mereka fikirkan bagus. Jika mereka telah menjalankan siasatan dan mendapati sekolah berkenaan benar-benar bagus, mungkin tindakan menghantar anak ke sekolah berkenaan ada kelebihannya. Jika tidak mungkin hasilnya adalah sebaliknya. Anak yang tidak mendapat banyak A tentulah tidak mempunyai pilihan yang banyak utuk memilih sekolah. Maka sekolah yang paling senang adalah sekolah yang berhampiran rumah! Namun tidak ramai ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak ke tingkatan 1 ke sekolah berhampiran rumah. Alasan yang selalu saya dengar adalah ibu bapa tidak dapat mengatur disiplin anak jika mereka ada di rumah. Duduk di asrama anak mempunyai peraturan ketat yang perlu dipatuhi.
Saya berpendapat bagi ibu bapa yang senang eloklah hantar anak bersekolah berhampiran rumah sahaja. Anak yang ada di rumah kita boleh kita didik sendiri ikut acuan kita sendiri. Kita boleh pastikan mereka makan, solat, study, bermain dan tidur mengikut peraturan kita. Sebagai ibu bapa tentulah kita tahu bahawa perangai anak kita. Jika anak jenis orang yang tidur cepat kita boleh sesuaikan dia tidur cepat dan bangun awal untuk study. Keadaan ini tentulah tidak sesuai jika berada di asrama kerana peraturannya adalah tetap. Tidak ada pelajar yang boleh tidur pukul 9.00 malam awal dari orang lain!
Ibu bapa jangan sekali-kali lepas tangan mendidik anak. Sangat tidak bijak beranggapan anak tiada di depan mata maka tiada masalah. Malah sebaliknya adalah benar! Saya bertemu dengan ramai ibu bapa yang mengaku tidak upaya mengajar anak mereka di rumah. Lalu menghantar budak itu ke asrama dengan harapan atau anggapan ianya boleh diajar di asrama. Kemudian tidak menjengok anak tersebut. Seperti melemparkan batu ke lubuk. Adakah tindakan seperti ini betul? Ada ibu bapa dari Kuala Lumpur yang anak mereka belajar di sekolah saya di Temerloh sangat berkira apabila disuruh menjemput anak mereka balik ke rumah. Mereka merayu supaya anak itu dibenarkan menaiki bas ekspres dari Temerloh ke Kuala Lumpur. Saya sangat tidak bersetuju dengan perkara ini. Banyak perkara boleh berlaku seperti tidak ada tiket, tertinggal bas, tersalah naik bas, bas rosak dan sebagainya. Sayangilah anak sementara mereka masih ada dan umur ibu bapa masih ada! Selain itu anak mungkin tidak balik ke rumah dan bermalam di rumah orang lain. Ada seorang ibu menceritakan kepada saya anak beliau telah membawa balik kawannya ke rumah. Kelakuan kawan anaknya itu sangat tidak menyenangkan ibu tersebut.
doa anak dari quran
doa anak
~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, peliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
Sunday, December 12, 2010
Thursday, December 9, 2010
MODUL MUDAH BAHASA INGGERIS UNTUK ANAK
Saya berpeluang bercuti ke Kuala Lumpur sepanjang cuti sekolah ini. Saya telah berkunjung sebuah pasar raya besar - Tesco - di Ampang bersama-sama dengan anak-anak. Kami ke kedai buku POPULAR. Anak saya berminat dengan buku cerita Bahasa Inggeris siri ROBIN. Pada buku tersebut tercatat i-Pen readable. Sayapun meneliti buku tersebut dan bertanyakan pembantu kedai apakah maksud i-Pen readable itu.
Saya ditunjukkan bagaimana buku siri ROBIN ini boleh dibaca oleh sebatang pen khas apabila pen itu dihalakan ke muka suratnya. Anak saya begitu bersemangat untuk memiliki buku dan pen ini. Saya fikir ianya adalah satu benda yang boleh mendatangkan faedah kepada anak saya. Mungkin ianya boleh mendatangkan minat membaca buku Bahasa Inggeris kepada anak saya yang berumur 6 tahun dan juga 11 tahun. Saya membeli satu set 5 buku dengan CD berharga 45 ringgit dan sebatang i-Pen berharga 99 ringgit.
Kembali ke rumah, kami cuba memasang file dari CD ke dalam i-Pen. Ternyata ianya bukan satu kerja yang mudah. File dari CD berkenaan tidak mahu download ke i-Pen dengan error i-Pen not found! Ini telah menimbulkan kekecewaan yang amat sangat kepada anak saya.
Saya terpaksa meneliti kertas manual yang dibekalkan dan mengikut arahan supaya pergi ke laman webnya http://robin.popularworld.com untuk melihat arahan di situ. Ternyata ia lebih mudah dan berjaya.
Anak saya sungguh gembira dan begitu asyik dengan buku dan pennya yang boleh bercakap! Sesiapa yang berminat boleh membeli buku i-Pen readable dan i-Pen di kedai POPULAR. Jika menghadapi masalah untuk downloadnya boleh minta bantuan saya. PERCUMA!
i-Pen

Subscribe to:
Posts (Atom)